Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, June 20, 2008

SOKONG PEMBUKAAN SEMULA TAPAK PERNIAGAAN DI HADAPAN BASTION HOUSE

Saya menyokong cadangan penjaja-penjaja kecil di negeri ini yang meminta kerajaan negeri Melaka membuka semula tapak perniagaan di hadapan Bastion House (gambar).

Pembukaan semula tapak perniaagaan ini akan memberikan peluang kepada para peniaga berniaga semula untuk menambah pendapatan mereka. Ini kerana sebahagian besar bekas-bekas penjaja di sini dahulu tidak sanggup untuk menyewa kedai di kompleks membeli belah di Dataran Pahlawan yang sewanya agak tinggi.

Selain itu dengan pembukaan semula tapak perniagaan ini, ia akan menjadi tarikan kepada kawasan ini untuk kembali meriah seperti sebelum penutupannya dahulu. Ini kerana sebilangan besar para pelancong lebih gemar membeli barangan dari gerai terbuka berbanding kompleks membeli belah. Mereka sebenarnya ingin mencari kelainan dari apa yang terdapat di negara mereka sendiri yang mempunyai gedung membeli belah yang lebih hebat dan besar.
Kerajaan negeri mesti menyediakan tempat-tempat menjaja yang menarik seperti ini agar keaslian dan kelainan ini terpelihara dan ianya akan menjadi daya tarikan kepada pelancong asing. Hasrat kerajaan untuk menambah kawasan perniagaan orang Melayu mesti direalisasikan.
Antaranya mengujudkan tapak-tapak perniagaan seperti ini, asalkan ianya mestilah kemas teratur dan menarik. Untuk membeli dan menyewa kedai yang mahal mungkin penjaja-penjaja ini tidak mampu jadi mengapa tidak kerajaan mengujudkan tapak-tapak sebegini bagi mencapai matlamat 30 % pemilikan tapak perniagaan untuk bumiputera di dalam Bandaraya Melaka.
Selain itu saya juga mencadangkan kerajaan membuka semula tapak perniagaan di kawasan Bazar Mara di Jalan Laksamana yang dirobohkan beberapa tahun dahulu demi untuk menambahkan lagi bilangan peniaga bumiputera di dalam Bandaraya Melaka yang semakin berkurangan di sebabkan pertambahan gedung-gedung perniagaan yang besar.
Jika kawasan-kawasan perniagaan khas untuk orang Melayu tidak didirikan atau terus dirobohkan kita bimbang peniaga-peniaga Melayu ini tidak dapat bersaing dengan peniaga-peniaga lain.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).