Setelah pelbagai projek yang mendatangkan pembaziran di negeri Melaka Bersejarah, Litar go-kart bernilai RM12juta, Replika jam MBMB bernilai RM500,000, air terjun Bukit Sebukor bernilai RM 1.7juta, Roller Coaster bernilai RM 10juta, ‘Bas Ali Rustam’ bernilai RM500,000, kini kita dapati 5 lagi projek yang terbengkalai di Negeri Melaka yang kita cintai ini.
Pertama, Melaka Autocity yang menelan belanja sebanyak RM 20 juta. Terletak di Melaka Autocity berhampiran MITC, Muzium Pengangkutan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta, motosikal, basikal dan lain-lain. Namun ia tidak bertahan lama kerana sambutan kurang memuaskan dari pengunjung. Ia dibuka pada 2 Januari 2010.
Kedua,
Melaka Watercity Resort bernilai RM 47 juta. Melaka Watercity Resort menggambarkan seni bina yang tersendiri yang unik, taman kreatif landskap dan penginapan bertaraf lima bintang. Ia mempunyai air tasik buatan manusia. Melaka Watercity Resort juga mempunyai kawasan khas untuk sukan seperti litar go-kart, rock climbing, lata air lingkaran dan beberapa tarikan lain. Namun hampir 2 tahun ia telah ditutup operasinya.
Ketiga, Digital Mall yang berharga RM 52 juta. Walaupun telah siap sejak tahun 2007 lagi, bangunan yang pada peringkat awalnya ingin dijadikan Plaza ‘ Low Yatt Melaka’ yang menjual pelbagai peralatan dan aksesesori komputer dan telefon bimbit tidak menjadi kenyataan.
Menurut seorang pengedar dan penjual barang komputer di bandar ini berkata di antara punca peniaga-peniaga komputer tidak berminat menjalankan operasi di bangunan ini kerana sewanya yang mahal dan masalah tempat letak kereta yang dilihat menyukarkan pengguna untuk berkunjung ke sini.
Keempat, Melaka Mall bernilai RM 59.4 juta sedangkan pendapatan bersih Melaka Mall hanya RM 600,000 hingga RM 800,000. Melaka Mall adalah satu penjelmaan pusat membeli-belah Kotamas, sebelum ini, yang pada mulanya berjaya, tetapi merosot selama ini akhirnya ditutup pada tahun 2005. Selepas tempoh yang lama, tapak melalui satu pembaharuan besar-besaran di bawah pengurusan milik kerajaan Melaka Sentral, dan dibuka semula sebagai Mall Melaka.
Kelima, Riverside hotel yang berharga RM 31.77 juta. Kesemua projek yang sudah semestinya menggunakan duit rakyat ini tidak mendapat sambutan serta tidak memberikan pulangan yang berpatutan dengan kos yang telah dibelanjakan.
Oleh: Nisa' Mujahidah
0 comments:
Post a Comment