“Apabila terdengar dentuman kuat saya berpaling dan ternampak seorang lelaki melambung sebelum jatuh atas jalan.
“Saya berlari nak melihat keadaan mangsa dan panik mendapati tubuh terbaring berlumuran darah itu rakan sekerja,” kata Abd Kadir Kechut, 46.
Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, Pembantu Farmasi di Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Mohd Firdaus Yahya, 32, terbunuh selepas Honda Wave ditunggangnya merempuh Perodua Viva di simpang tiga berhadapan klinik itu.
Difahamkan, sebelum kejadian motosikal mangsa hilang kawalan dan merempuh Perodua Viva secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan mengakibatkan Mohd Firdaus melambung melepasi kereta dinaiki dua beranak berusia 25 dan 56 tahun itu manakala motosikalnya terbakar.
Abd Kadir berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan berada di kafeteria klinik.
Katanya, seorang anggota bomba memadamkan kebakaran motosikal menggunakan alat pemadam api.
“Saya terkejut menyedari orang yang melambung tadi rakan saya dan dalam keadaan panik bergegas membantu rakan lain mengambil pengusung dan membawa Mohd Firdaus ke klinik untuk rawatan,” katanya.
Sumber gambar disini
0 comments:
Post a Comment