Dr Khalid menyerah borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu (UMNO) kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS."
Mahathir berkata UMNO harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
Maka telah terbukti bahawa selama ini lontaran fitnah yang ditabur ke atas PAS adalah rekaan semat-mata bagi menutup kelemahan pemimpin UMNO itu sendiri. Mahathir mengiktiraf bahawa orang pandai akan memilih PAS dan UMNO memilih golongan yang ketandusan idea.
Sudah masanya untuk ahli UMNO berubah pandangan seperti yang diperkatakan oleh mantan mereka itu. Itu bukan kata-kata orang bawahan tetapi mantan Perdana Menteri Malaysia. Jadilah orang yang cerdik menilai seperti Mahatthir.
0 comments:
Post a Comment