Masalah sampah sarap di Taman Lendu Bakti dan Kg Lendu Tengah tidak dipedulikan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Keadaan ini mengundang tidak selesa kerana tidak mencapai slogan yang dilaungkan oleh Ketua Menteri Melaka dengan tema "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau".
Adakah ini yang dikatakan "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau"? Jangan hanya keindahan serta kebersihan di kawasan bandar sahaja diutamakan tetapi kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian yang serius. Jika ini dikatakan "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau", ia belum mencapai status yang sesuai.
Turut hadir meninjau di lokasi tersebut ialah Penyelia DUN Lendu, Asri Shaikh Abdul Aziz dengan penduduk tempatan Tn Hj Adam yang meninjau keadaan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik oleh MPAG. Keadaan sampah tidak diurus dengan betul dan ada serpihan sampah berselerakan di atas jalan raya. Keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.
Penduduk tempatan memohon MPAG mengambil tindakan segera agar masalah sampah ini dapat diselesaikan dan memberi keselesaan serta menjaga keadaan alam sekitar dengan bau busuk samaph tersebut.
Sudah beberapa kali isu sampah diajukan kepada JKKK dan pihak MPAG, namun tidak diendahkan. Diharapkan laksanakan tanggungjawab dengan baik demi memastikan kepentingan rakyat diutamakan.
0 comments:
Post a Comment