Gambar hiasan
Terbaru, ada ura-ura mengatakan kerajaan negeri Melaka dalam perancangan untuk membina projek baru yang dinamakan TREM yang menelan kos RM272juta yang mana kerajaan negeri berjanji akan membayar kembali RM272juta tersebut dengan 20% daripada hasil jualan tiket.
Jika hasil kutipan tiket 20% tersebut untuk membayar balik pinjaman, bilakah hutang tersebut akan dilangsaikan dan termasuk kadar faedah yang dikenakan pula mesti tinggi. Mampukah ia dijelaskan?
Mari kita berfikir sejenak, sekiranya penumpang sehari adalah 1,200 orang bagi setiap jam dengan caj RM2. Cuba kita bayangkan TREM tersebut beroperasi selama 8 jam sehari, maka setahun hasil jualan tiket adalah RM7.08juta dan hanya 20% sahaja daripada hasil jualan tiket tersebut yang akan digunakan untuk membayar hutang. Jadi, berapa tahunkah diperlukan untuk membayar hutang? Bagaimanakah dengan hutang tertunggak yang lain?
Seterusnya, entah projek apa lagi yang bakal dilaksanakan dalam keadaan hutang yang berbillion ringgit. Sektor manakah pula yang bakal menjadi mangsa bebanan hutang yang terlalu banyak. Apa yang pasti rakyat akan terus menjadi mangsa dan hanya dikaburi dengan projek-projek yang kononnya gah tetapi duit rakyat dibazirkan begitu sahaja.
Oleh: Nisa' Mujahidah
0 comments:
Post a Comment