Jika kutipan tiket tidak mendapat hasil yang tinggi, bagaimana ia boleh menampung kos perbelanjaan? Sekiranya ini berterusan berlaku, kerugian yang dialami akan terus meningkat. Kos operasi yang tinggi namun hasil kutipan tiket yang kurang memberangsangkan. Apakah punca yang berlaku demikian dan bagaimanakah kaedah untuk meneruskan perkhidmatan ini bagi meningkatkan jumlah kutipan tiket?
Bagaimana status Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) boleh mengalami kerugian? Sepatutnya ia mempunyai trafik udara yang paling sibuk memandangkan ia bertaraf antarabangsa. Satu-satunya lapangan terbang antarabangsa yang mengalami kerugian adalah di Melaka. Bagaimana urus tadbir syarikat berkaitan sehinggakan menguruskan lapangan terbang ibarat melepas batuk ditangga?
Adakah agensi pelancongan yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah lapangan terbang mempunyai landasan yang pendek atau adakah syarikat penerbangan tidak berminat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) ini atau faktor kos yang tinggi dan tidak mendapat sambutan dari pengguna?
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam yang telah menelan belanja sebanyak RM300,000 sebulan, namun hasil kutipan tiket mengalami kerugian dan hanya dapat kutipan sebanyak RM53,000 sahaja sebulan.
Kerugian 4 tahun setelah beroperasi adalah berjumlah RM6.58juta. Penumpang pada tahun 2004 adalah 44,000 orang dan pada tahun 2010 penumpangnya berkurang hampir 50% kepada 21,000 orang walaupun selepas dipanjangkan dengan menelan kos RM250juta. Permohonan tersebut telah dimohon oleh Ahli Parlimen Jasin, Ahmad bin Haji Hamzah.
Oleh: Nisa' Mujahidah
Oleh: Nisa' Mujahidah
0 comments:
Post a Comment