Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, March 19, 2012

Hutang Dikurangkan dikatakan Untung?



Mendengar jawapan daripada Timbalan Ketua Menteri bahawa kerajaan Melaka yang ditadbir oleh Ketua Menteri sekarang telah berjaya mengurangkan hutang namun apa yang kita tahu bahawa hutang kerajaan negeri meningkat dari tahun ke tahun bermula semenjak diambil alih oleh Datuk Seri Ali Rustam pada tahun 1999 sehingga ke hari ini.

Setelah dikaji dan diselidik kita dapati, hutang kerajaan negeri Melaka pada tahun 2000 di bawah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam selepas memenangi pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 adalah, pada tahun 2000 hutang Melaka bernila RM461juta, pada tahun 2010 hutang meningkat kepada RM850juta dan pada tahun 2011 hutang kerajaan negeri dijangka melebihi RM1bilion. 

Kerajaan negeri telah membuat pinjaman sehingga mencecah billion ringgit supaya dapat melaksanakan projek-projek yang kononnya mega dan akhirnya mengisytiharkan ‘Melaka Negeri Maju’ kepada diri sendiri. Persoalannya, majukah kita dengan hutang sebanyak ini? Tidakkah kerajaan negeri memikirkan cara untuk melangsaikan hutang tersebut?   

Pada masa yang sama, di saat projek-projek “mega” diagung-agungkan, peruntukkan ubat bagi negeri Melaka sebelum ini adalah RM42juta kini telah dikurangkan kepada RM30juta. Kini kita dapat lihat siapakah yang akhirnya menanggung akibat bebanan hutang kerajaan Negeri.

Ketua Menteri sebelum ini pernah menyalahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan alasan tidak memberi peruntukan perubatan kepada Hospital Melaka namun telah dinafikan oleh Menteri Kesihatan  bahawa peruntukkan perubatan telah disalurkan kepada hospital berkenaan dan siapakah yang menipu dalam hal ini? Kerajaan Melaka atau Kementerian Kesihatan Malaysia?

Oleh: Nisa' Mujahidah

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).